Dari kiri adalah encik quek diikuti saudara boyak sbg vokalis dan mr. Cha, what???(ejaan glamor ialah cawat..hehe).. Kerana terlalu misteri, aku tak pasti tarikh sebenar band nih praktis kat studio nih tapi berdasarkan kekurusan encik boyak, aku yakin ianya berlaku sekitar tahun 1998 - 1999.. lagi pun masa form 4, korang mmg takde baju outing kan..baju fly byk aa.. mr. cawat adalah seorang personal yg amat diminati ramai kerana kehebatannya memetik gitar dan menyusun alunan2 musik menjadi satu warkah yg bakal membuatkan seisi sekolah terpegun sehingga lupa diri.. beliau amat meminati noel gallagher(oasis) sehingga kan beliau digelar cawat gallagher..Menjelang pertengahan 2000, beberapa band baru mula menjelma.. antaranya ialah.... err aku lupe dow... hehe..tapi ada la beberapa band yg tertubuh akibat minat utk bermain musik secara radikal tercetus dalam diri masing2.. ape a maksud radikal?? aku main bubuh je..mcm sedap lak bunyinya..
Tahun 2001 merupakan tahun musik..band2 meranti 9701 mula bergiat2 aktif main kat studio jamming..hehe.. Antara personal2 yg dikatakan hebat pada waktu itu ialah nenek gaban(gitar), wok(gitar), gigsy(gitar), cawat(gitar+vox), imp(gitar+vox), bari(gitar), heri(drum), azi(gitar), pel(bass), boyak(bass+gitar), bablugeh(gitar), noni(drum machine), tapir(gitar), ujang(yg nih spesial sket), gadappi(bass), zargus(vox), aliy(vox), bezita(gitar), tokya(superb bassist), jamel aziz aka boyot(gitar metallica) dll yang aku mmg tak ingat la.. Aku nak bercerita pasal ujang.. ujang atau nama sebenarnya suhaimi abd rahman merupakan satu entiti yg tidak asing dalam aksi2 guitar hero..org kate kalo ko nak carik chord2 lagu, silalah merujuk kepada encik ujang... sepantas kilat satu lagu siap ada goreng lagik encik ujang bagi..mmg hebat....
Band ini ditubuhkan sempena minat terhadap industri muzik tanah air.. konsep dan halatuju band ini pada asalnya adalah ingin memartabatkan lagi musik2 hardcore..tapi malangnya lagu2 acab dan butterfingers tidak diterima sbgai musik hardcore..sampai skang aku still tak dapat menerima kenyataan itu.. tidak hardcore kah kami??? dari kiri merupakan encik azi(a zhiiiii), abg putih(heheh), gadappi dan noni di posisi drum.. dan yg menunduk membaca lirik merupakan encik zargus(sbnarnya diarahkan oleh aku utk tunduk.. org tgh tangkap gambar tuh..kang tak nampak lak muka aku)..
Yg tiada dlm pic sebelum nih merupakan encik aliy...beliau juga merupakan vox band ini sejurus penangkap pic yg tadi tuh.. yg pic nih plak, encik zargus mengambil posisi encik aliy.. bagus diorg nih..
dan ini pula merupakan vox utama band nih..haha...setakat nyanyi sambil solo gitar mmg tiada masalah..cuma....cuma sound nya akan trouble sedikit la..hahaha... ketiga2 kejadian tersebut berlaku pada tahun 2001 dimana kami sudah tiada baju2 outing utk dipakai.. ape barang baju batik..
yang nih plak masa pegi rumah org kawen kat sabah...imp tgh menyolo lagu stolen... dan emmett adalah vox undangan pada hari itu..hahah...owh encik boyak begitu bergaya memetik bass...
ini adalah spinning jenny..dianggotai oleh bari(gitar), imp(vox), pel(bass), encik ujang(gitar hero) dan heri(drummer..err yg blakang tuh heri kan??)..babi la imp..ko tepi a sket...baru form 5 dah gemuk cam sial..haha..owh ya, mereka grunge....
ini pula super monkey(heri).. hehe.. dianggotai oleh encik wok(gitar), cawat(vox), tok ya(bass), gigsy(gitar) dan juga heri(ah sial ko.. balik2 ko je).. band ini memainkan lagu2 ala britney pop dan punk rawk...heheheh britney spears dow.. sum 41, blink 182 dan oasis merupakan idola mereka...dua pic yg terakhir nih merupakan antara xtvt musik kami yg terakhir di zaman persekolahan...ada 4-5 band yg bermain pada malam itu termasuk la band a zhii, band a5 dan aku lupa la yg lain..hehe.. tapi ianya tak berakhir disitu.. habis skolah bukan satu noktah bg karier musik kami..kini, kami masih berjamming.. cawat sudah ada band sendiri, bari dah bukak studio, boyot pernah beraksi di dublin, pel ada gitar akustik, ujang penah main battle kat uitm ganu, imp sampai meninggalkan parut ditgn akibat menumbuk cermin(ehh)..
haahhahahahahaha. terima kasih pa kerana meng-up gambar gambar nostalgik ini.
ReplyDeletebereh2..haha..
ReplyDeletemasalahnya di mana zargus sekarang?
ReplyDeleteitu yg menjadi misteri... harap zargus dapat menjejaki blog ini..
ReplyDelete