Monday, June 22, 2009

1997 - 2009 = 1984 - 2009

Mohd Afdzal Fadzi @ Ayam 9701

Al-Fatihah
Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Kita yang masih hidup, doakan kesejahteraan Allahyarham di sana..


Good friends we had, Good friends we lost... Along the way... - kpo
(thanks for the pic, bro)

Monday, June 8, 2009

Buah Jambu

Dulu kat tepi umah aku mmg ada sepohon pokok jambu...buah dia, perghh.... kalo dicicah dgn serbuk asam, mmg terbaek la... tahun 1997 menyaksikan aku meninggal kan pokok jambu kat sebelah umah tuh terkapai2 mengeluarkan hasil tanpa dimakan oleh sesiapa.... tapi kat tempat baru aku nih, buah jambu dia tak kurang hebatnya... yg putih ada, kuning langsat ada, yg hitam manis ada, malah yang ada misai pun aku penah jumpa...
Bersama-sama aku ketika bersarapan malam ini adalah merupakan encik boyak..beliau merupakan seorang yg ekstrem dan merupakan presiden bg kelab-kelab jambu antara wilayah negeri sembilan... tugas beliau sbg presiden mmg amat mudah, hanya melakukan kaji selidik dan mengiktiraf tahap kejambuan seseorang...beliau mmg mahir... hail to boyak...
Sart dan azmer a.k.a noni merupakan guru atau pakar dalam subjek jambu ni.. mereka berdua mmg mahir.. subjek nih kalo mereka xdapat A, mmg x sah.. biasa kalo sape2 nak mendalami subjek nih dgn lebih meluas, mereka berdua adalah tempat rujukan yg sesuai.. kalo cari hal2 jambu nih kat library negeri sembilan mmg korg tak jumpa... maklumat2 tuh mmg dah disimpan dan disisir rapi dalam dua orang sasa nih.... ada sorang lagik, aminsani(tiada dalam gambar) namanya...kata org, kalo sape yg nak carik jambu tapi tak melalui aminsani nih esok mmg kompem parah kene tumbuk..
yang baring gaya santai(ayu) nih adalah merupakan saudara imp.... aksi yang macam nih mmg biasa aku lihat sepanjang aku mengenali beliau... beliau sebenarnya ganas.. tapi kadang2 bila terlampau ganas, beliau terlupa cara2 utk baring sebagai seorang yg ganas.. penah sekali timbul cerita yg mengatakan beliau nih cuba menggoda acik dining atas semata mata nak dapat biskut free... sumpah aku tak percaya..... sape ntah yg buat cerita nih... pasal ada sekali aku dgn imp mmg dapat biskut free tanpa imp menggoda sapa kat dining..
Yang dekat tgh2 tuh noni..masa nih beliau menghidap penyakit misteri... akibatnya beliau slalu tido dalam kelas yg menyebabkan enzim2 dalam badan beliau kucarkacir dan menjuruskan beliau dapat tubuh yg ringan nih.. disamping itu beliau mmg tak penah bersukan apatah lagik menyepak bola.. tapi beliau pandai sepak menda lain..hehe yang pakai spek tuh saudara tapir, beliau tinggi lampai.. antara personal yang aku kagumi selama aku memimpin blok laksamana nih.. aku tak pasti beliau makan jambu ke tak.. hehe... owh ya.. yang macam tomok tu mmg tomok pun.. masa nih beliau tak pandai menyanyi.... cuma pandai bergaya dgn rambut tomok beliau.. tapi masa tuh mulut beliau mmg lancang... tak sia2 pasal skang beliau menang OIAM..


3 pic kat atas ni merupakan satu kronologi perhubungan yang tak direka, tak dikenal pasti dan yang tak tahu mana asalnya...adakah ini satu kebetulan??.. 3 tempat yang berbeza tetapi 2 kelibat yang sama... malah pic yang terakhir tuh mereka tidak memakai baju... uih...tokya, ko dah kurus... siap ada errr berapa packs tuh aa?? saudara tulang mmg kekal kurus seperti biasa... nama pun tulang....
p/s : aku suka tgk pic nih... masing2 muka nak ganas... cuba buat muka jambu sket...