Tuesday, December 29, 2009

1997 - 2009 = 12 years


Fuhh...Dah 12 tahun dan nak masuk 13 tahun dah hubungan sejenis terkawal nih... Tahun 2009 nih antara tahun yang agak mencabar bagi jentera Meranti 9701(hehe..tahun yang lain2 sebelum nih pun aku mmg akan pakai ayat yang sama, dan yang akan datang pun pasti pakai ayat nih gak).. Tahun nih Meranti 9701 di anugerahkan dgn wajah2 baru yang bakal bersama2 dalam aktiviti yang akan datang...Sebagai Presiden Blok D aku mewakilkan rakan2 Blok D yang lain untuk mengucapkan tahniah buat warga Meranti 9701 yang menamatkan zaman solo dan tahniah juga buat mereka2 yang sudah menimang cahaya mata... Yang lain2 tuh bila lagik..Heehehe...

Tahniah juga buat rakan2 SDAR yang lain yang berjaya dalam apa jua acara pada tahun 2009 nih... Sama ada kawin, timang cahaya mata, lulus spm dan pmr, lulus upsr dan dapat masuk SDAR, dapat masuk U, Oversea, dapat keje bagus2...Tahniah sekali lagi.... Once & Always a SDARIAN...

2009 juga antara hari yg agak bersejarah bagi Meranti 9701 kerana KAMI kehilangan seorang kawan/adik/abang iaitu Allahyarham Afdzal.. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang yg beriman.. Al- Fatihah untuk Allahyarham... Bagi yang masih hidup, kita sebagai hamba-Nya yang kerdil jgn sekali kali lupa tanggung jawab kita...

Maaf kerana agak lama aku tak menaip untuk Blok Budak Sdar 9701 nih...Papan kekunci rosak.... Ok..jap lagi aku sambung...Bos Besar nak check port aku..

Monday, June 22, 2009

1997 - 2009 = 1984 - 2009

Mohd Afdzal Fadzi @ Ayam 9701

Al-Fatihah
Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan mudah-mudahan Allahyarham ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman. Kita yang masih hidup, doakan kesejahteraan Allahyarham di sana..


Good friends we had, Good friends we lost... Along the way... - kpo
(thanks for the pic, bro)

Monday, June 8, 2009

Buah Jambu

Dulu kat tepi umah aku mmg ada sepohon pokok jambu...buah dia, perghh.... kalo dicicah dgn serbuk asam, mmg terbaek la... tahun 1997 menyaksikan aku meninggal kan pokok jambu kat sebelah umah tuh terkapai2 mengeluarkan hasil tanpa dimakan oleh sesiapa.... tapi kat tempat baru aku nih, buah jambu dia tak kurang hebatnya... yg putih ada, kuning langsat ada, yg hitam manis ada, malah yang ada misai pun aku penah jumpa...
Bersama-sama aku ketika bersarapan malam ini adalah merupakan encik boyak..beliau merupakan seorang yg ekstrem dan merupakan presiden bg kelab-kelab jambu antara wilayah negeri sembilan... tugas beliau sbg presiden mmg amat mudah, hanya melakukan kaji selidik dan mengiktiraf tahap kejambuan seseorang...beliau mmg mahir... hail to boyak...
Sart dan azmer a.k.a noni merupakan guru atau pakar dalam subjek jambu ni.. mereka berdua mmg mahir.. subjek nih kalo mereka xdapat A, mmg x sah.. biasa kalo sape2 nak mendalami subjek nih dgn lebih meluas, mereka berdua adalah tempat rujukan yg sesuai.. kalo cari hal2 jambu nih kat library negeri sembilan mmg korg tak jumpa... maklumat2 tuh mmg dah disimpan dan disisir rapi dalam dua orang sasa nih.... ada sorang lagik, aminsani(tiada dalam gambar) namanya...kata org, kalo sape yg nak carik jambu tapi tak melalui aminsani nih esok mmg kompem parah kene tumbuk..
yang baring gaya santai(ayu) nih adalah merupakan saudara imp.... aksi yang macam nih mmg biasa aku lihat sepanjang aku mengenali beliau... beliau sebenarnya ganas.. tapi kadang2 bila terlampau ganas, beliau terlupa cara2 utk baring sebagai seorang yg ganas.. penah sekali timbul cerita yg mengatakan beliau nih cuba menggoda acik dining atas semata mata nak dapat biskut free... sumpah aku tak percaya..... sape ntah yg buat cerita nih... pasal ada sekali aku dgn imp mmg dapat biskut free tanpa imp menggoda sapa kat dining..
Yang dekat tgh2 tuh noni..masa nih beliau menghidap penyakit misteri... akibatnya beliau slalu tido dalam kelas yg menyebabkan enzim2 dalam badan beliau kucarkacir dan menjuruskan beliau dapat tubuh yg ringan nih.. disamping itu beliau mmg tak penah bersukan apatah lagik menyepak bola.. tapi beliau pandai sepak menda lain..hehe yang pakai spek tuh saudara tapir, beliau tinggi lampai.. antara personal yang aku kagumi selama aku memimpin blok laksamana nih.. aku tak pasti beliau makan jambu ke tak.. hehe... owh ya.. yang macam tomok tu mmg tomok pun.. masa nih beliau tak pandai menyanyi.... cuma pandai bergaya dgn rambut tomok beliau.. tapi masa tuh mulut beliau mmg lancang... tak sia2 pasal skang beliau menang OIAM..


3 pic kat atas ni merupakan satu kronologi perhubungan yang tak direka, tak dikenal pasti dan yang tak tahu mana asalnya...adakah ini satu kebetulan??.. 3 tempat yang berbeza tetapi 2 kelibat yang sama... malah pic yang terakhir tuh mereka tidak memakai baju... uih...tokya, ko dah kurus... siap ada errr berapa packs tuh aa?? saudara tulang mmg kekal kurus seperti biasa... nama pun tulang....
p/s : aku suka tgk pic nih... masing2 muka nak ganas... cuba buat muka jambu sket...

Monday, May 4, 2009

Result Futsal Interbatch

Congrats guys...

We can try again next year... keep fit..

KEPUTUSAN KEJOHANAN
OPEN
Cup Champion : Fivers 2000 B
Runner up : Fivers 1999 B

Plate Champion : Fivers 2000 A
Runner up : Fivers 2007 A

Bowl Champion : Fivers 1996
Runner up : Fivers 2001 A

Spoon Champion : Fivers 1998 A
Runner up : Fivers 1999 A

Fork Champion : Fivers 2001 A
Runner up : Fivers 2008 B

Chopstick Champion : Fivers 1997
Runner up : Fivers 2002 B

Senduk Champion : Fivers 2006
Runner up : Fivers 2008 A

Sudip Champion : Fivers 2003
Runner up : Fivers 1999 C

Periuk Champion : Fivers 2002 A
Runner up : Fivers 2004

Talam Champion : Fivers 1998 B
No Show : Fivers 2007 B

OTAI
Cup Champion : Fivers 1989
Runner up : Fivers 1991

Plate Champion : Fivers 1995 A
Runner up : Fivers 1986

Bowl Champion : Fivers 1994 B
Runner up : Fivers 1984

Spoon Champion : Fivers 1983
Runner up : Fivers 1995 B

Fork Champion : Fivers 1994 A
Chopstick Champion : Fivers 1988

Senduk Champion : Fivers 1983
Sudip Champion : Fivers 1990

Sunday, March 29, 2009

Band Orang Kawen Encik Cawat.,,,

Dari kiri adalah encik quek diikuti saudara boyak sbg vokalis dan mr. Cha, what???(ejaan glamor ialah cawat..hehe).. Kerana terlalu misteri, aku tak pasti tarikh sebenar band nih praktis kat studio nih tapi berdasarkan kekurusan encik boyak, aku yakin ianya berlaku sekitar tahun 1998 - 1999.. lagi pun masa form 4, korang mmg takde baju outing kan..baju fly byk aa.. mr. cawat adalah seorang personal yg amat diminati ramai kerana kehebatannya memetik gitar dan menyusun alunan2 musik menjadi satu warkah yg bakal membuatkan seisi sekolah terpegun sehingga lupa diri.. beliau amat meminati noel gallagher(oasis) sehingga kan beliau digelar cawat gallagher..

Menjelang pertengahan 2000, beberapa band baru mula menjelma.. antaranya ialah.... err aku lupe dow... hehe..tapi ada la beberapa band yg tertubuh akibat minat utk bermain musik secara radikal tercetus dalam diri masing2.. ape a maksud radikal?? aku main bubuh je..mcm sedap lak bunyinya..

Tahun 2001 merupakan tahun musik..band2 meranti 9701 mula bergiat2 aktif main kat studio jamming..hehe.. Antara personal2 yg dikatakan hebat pada waktu itu ialah nenek gaban(gitar), wok(gitar), gigsy(gitar), cawat(gitar+vox), imp(gitar+vox), bari(gitar), heri(drum), azi(gitar), pel(bass), boyak(bass+gitar), bablugeh(gitar), noni(drum machine), tapir(gitar), ujang(yg nih spesial sket), gadappi(bass), zargus(vox), aliy(vox), bezita(gitar), tokya(superb bassist), jamel aziz aka boyot(gitar metallica) dll yang aku mmg tak ingat la.. Aku nak bercerita pasal ujang.. ujang atau nama sebenarnya suhaimi abd rahman merupakan satu entiti yg tidak asing dalam aksi2 guitar hero..org kate kalo ko nak carik chord2 lagu, silalah merujuk kepada encik ujang... sepantas kilat satu lagu siap ada goreng lagik encik ujang bagi..mmg hebat....

Band ini ditubuhkan sempena minat terhadap industri muzik tanah air.. konsep dan halatuju band ini pada asalnya adalah ingin memartabatkan lagi musik2 hardcore..tapi malangnya lagu2 acab dan butterfingers tidak diterima sbgai musik hardcore..sampai skang aku still tak dapat menerima kenyataan itu.. tidak hardcore kah kami??? dari kiri merupakan encik azi(a zhiiiii), abg putih(heheh), gadappi dan noni di posisi drum.. dan yg menunduk membaca lirik merupakan encik zargus(sbnarnya diarahkan oleh aku utk tunduk.. org tgh tangkap gambar tuh..kang tak nampak lak muka aku)..
Yg tiada dlm pic sebelum nih merupakan encik aliy...beliau juga merupakan vox band ini sejurus penangkap pic yg tadi tuh.. yg pic nih plak, encik zargus mengambil posisi encik aliy.. bagus diorg nih..
dan ini pula merupakan vox utama band nih..haha...setakat nyanyi sambil solo gitar mmg tiada masalah..cuma....cuma sound nya akan trouble sedikit la..hahaha... ketiga2 kejadian tersebut berlaku pada tahun 2001 dimana kami sudah tiada baju2 outing utk dipakai.. ape barang baju batik..
yang nih plak masa pegi rumah org kawen kat sabah...imp tgh menyolo lagu stolen... dan emmett adalah vox undangan pada hari itu..hahah...owh encik boyak begitu bergaya memetik bass...
ini adalah spinning jenny..dianggotai oleh bari(gitar), imp(vox), pel(bass), encik ujang(gitar hero) dan heri(drummer..err yg blakang tuh heri kan??)..babi la imp..ko tepi a sket...baru form 5 dah gemuk cam sial..haha..owh ya, mereka grunge....

ini pula super monkey(heri).. hehe.. dianggotai oleh encik wok(gitar), cawat(vox), tok ya(bass), gigsy(gitar) dan juga heri(ah sial ko.. balik2 ko je).. band ini memainkan lagu2 ala britney pop dan punk rawk...heheheh britney spears dow.. sum 41, blink 182 dan oasis merupakan idola mereka...dua pic yg terakhir nih merupakan antara xtvt musik kami yg terakhir di zaman persekolahan...ada 4-5 band yg bermain pada malam itu termasuk la band a zhii, band a5 dan aku lupa la yg lain..hehe.. tapi ianya tak berakhir disitu.. habis skolah bukan satu noktah bg karier musik kami..kini, kami masih berjamming.. cawat sudah ada band sendiri, bari dah bukak studio, boyot pernah beraksi di dublin, pel ada gitar akustik, ujang penah main battle kat uitm ganu, imp sampai meninggalkan parut ditgn akibat menumbuk cermin(ehh)..

Tuesday, March 17, 2009

Petua utk maintain KURUS

Skang nih, kalau aku ckp aku dulu tough, pasti semua org tergelak terkekek-kekek macam aku nih tgh buat lawak "amir raja tak lawak"..hehe.. aku ada bukti..haha tgk, betapa tough nya aku kat sebelah nih..siap aku bagi bukak sket butang.. kasik korang stim.. sebelah aku nih encik longbean... antara makhluk fly yg terawal...err bukan fly ke oversea aa..hehe ke luar pagar skolah.....beliau mampu menjayakan satu2 tugasan membeli nasik dgn pantas..penah keluar masuk sekolah tanpa izin berkali2 dalam satu hari... satu kelas dgn aku dari form 1 sampai form 3.... masa form 4, kelibat encik longbean tidak kelihatan di segenap pelusuk skolah...pada awal nya aku menyangka yg beliau berada diluar kawasan sekolah utk menjayakan tugasan yg diberi.."huih baru masuk awal tahun terus dapat assignment.. hebat2", fikir aku.. tetapi setelah rnd dilakukan oleh rakan2 yg tidak bertauliah, longbean didapati menukar sekolah tanpa persetujuan budak2 batch..heheh... setelah bertahun2 tidak mendengar kabar berita, akhirnya encik longbean berjaya dijejaki...kini beliau semakin aktif utk join xtvt2 yg dianjurkan oleh Meranti 9701... Once a SDARIAN always a SDARIAN...motto kami...

Gambar ni kadang2 mengingatkan gambar aku dgn encik longbean...

Thursday, March 12, 2009

Mak Datin Usha Kami

Salam all...

"Mak datin usha kami" merupakan satu tajuk atau perkara yg tidak pernah berlaku kepada aku dan rakan rakan sewaktu menjalankan tugas sebgai budak dobi pada tahun 1998.. Tak tahu lah kenapa perkara tersebut tidak berlaku... mungkin datin tidak minat dgn budak dobi atau budak dobi sememangnya tidak diminati oleh mak datin.. Tapi yang pasti, encik shukor 94'8 memang suka dgn kerjaya aku dan rakan2 sebagai budak dobi... ditambah lagi jika terdapat bilik yg lewat mengambil dobi mereka.... Apa yg berlaku, tidak perlu aku sebarkan disini.. nanti kalo masuk paper, aku yang dapat susah(nih antara kejadian yg kalo berlaku skang kompem masuk paper)...

BUDAK DOBI 9701 pada tahun 1998
front l-r (buragas, boyak, lanMerc, tapir, azfa, imp, rohe)
tiada dalam pic(mr. tambun-ketua dobi 9701, epen)
** ada beberapa org lagi yg aku pun dah lupa siapa pasal kita takde gambar dak dobi... sial kan robin..

Line up budak dobi nih, bukan dipilih oleh budak batch, bukan dipilih oleh cikgu, bukan dipilih kerana kami hensem dan mmg kami bukan dipilih sebagai budak dobi kerana kami jambu.... tetapi kami telah diselect oleh en.shukor dan budak dobi 94'8 diatas sebab2 yg aku sendiri pun tak tahu..hehehe... tugas-tugas aku sbg budak dobi amat mudah... setiap hari khamis, seisi sekolah akan menghantar pakaian2 busuk masing2 utk dibasuh oleh org yg tak dikenali...didalam xtvt tersebut, aku dan rakan2 budak dobi merupakan pengantara diantara pelajar dan "org2 yg tak dikenali membasuh baju" itu.. tugas2 kami, kumpul baju n campak dlm van... manakala baju2 yg sudah dibasuh, akan disimpan dalam bilik dobi utk di kutip oleh para pelajar pada waktu malamnya..

Menjadi budak dobi mengajar aku utk berdikari mengescape segala perkara atau xtvt yg aku rasa malas nak pegi masa skolah dulu.. start dari tgh hari lepas kelas sampai malam waktu org nak amik dobi, aku duk dalam bilik dobi je.. hehe.. keluar pun masa makan n mandi.. best dow tido atas timbunan baju2 org yg baru basuh..time tuh bau dobi antara bau yg paling wangi selepas bau ketiak aku.. hehe

owh berkenaan dgn gambar kat atas nih, itu merupakan gambar trip budak dobi 9701 ke KLIA.. masa tuh punya la megah dapat kluar gi KLIA.... takjub aku dapat melihat dunia luar..masa nih parking kat KLIA tuh kosong lagik.. kami mungkin antara yg pertama mengisi parking kat situ.. hehe.... kat KLIA nih kot ada mak datin yg usha kami dari jauh..Budak Dobi 9701...

updated
p/s - aku rasa kejadian nih kat KLCC, bukan KLIA